Thailand Bakal Kenakan Yuran RM38 Kepada Pelancong Asing

Thailand merancang untuk mengenakan yuran kemasukan terhadap pelancong asing sebanyak 300 baht (RM38) seorang bermula 1 April yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan lokasi pelancongan tempatan serta sebagai pelan perlindungan insurans.

thailand bakal kenakan yuran rm38 kepada pelancong asing

Menurut jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana, yuran berkenaan akan dikenakan menerusi tambang tiket penerbangan.

“Bagaimanapun, agensi berkaitan masih belum memutuskan kaedah kutipan yang sesuai bagi kemasukan melalui darat,” katanya.

Tambahnya, industri pelancongan negara itu juga dijangka menjana pendapatan antara 1.3 hingga 1.8 trilion baht, termasuk 800 bilion baht daripada pelancong asing.

Kerajaan mengunjurkan kemasukan lima juta pelancong antarabangsa ke negara itu pada 2020 yang mana majoritinya adalah dari Eropah dan Amerika Syarikat, menurut beliau.

Sekiranya pelancong China dan India kembali, ketibaan pelancong boleh mencecah 9 juta, jelasnya lagi.

“Sementara itu, jika sempadan darat dibuka semula untuk tujuan pelancongan rentas sempadan, ia bakal menarik pelancong dari Malaysia, Laos dan Myanmar, jumlah kemasukan 15 juta pelancong adalah munasabah.”

 

Sumber: [1]