Waktu dunia dalam pancaroba akibat penularan wabak COVID-19 kita dapat lihat banyak pihak yang cuba menghulurkan bantuan. Tak kiralah sama ada pihak kecil atau pun yang besar.
Terbaru, Tesla pula telah tampil dengan satu idea untuk meghasilkan ventilator. Dalam satu video yang dimuatnaik di laman YouTube, para jurutera dari syarikat Tesla sedang bertungkus lumus mencipta ventilator daripada bahagian kereta.
Pengarah Jurutera Tesla berkata, mereka sedang membangunakan alat yang mampu mengalirkan udara tersebut dengan menggunakan bahagian kereta dan pengetahuan mereka. Cara itu juga mereka dapat menghasilkan alat tersebut dengan lebih cepat dan dalam jumlah yang banyak.
Dalam video tersebut, mereka menunjukkan prototaip ventilator yang telah berjaya dihasilkan. Alatan tersebut telah dibina daripada bahan terpakai dari kereta Tesla.
Wow, moga-moga dapatlah bantu mengurangkan masalah kekurangan ventilator di seluruh dunia.
Sumber: CNN