Terpalit Dengan Kontroversi, Dispatch Tampil Pertahan Kim Seo Ho

Sejak namanya meledak gara-gara drama popular, Hometown Cha-Cha-Cha, nama Kim Seon Ho juga mula terpalit dengan kontroversi melibatkan dirinya dan bekas pasangan yang merupakan pembaca ramalan cuaca.

terpalit dengan kontroversi, dispatch tampil pertahan kim seo ho

Kontroversi tersebut bukan sahaja mencalarkan namanya bahkan juga membuatkan nama Kim Seon Ho dibatalkan daripada terus terlibat dengan pelbagai projek.

Namun, semalam Dispatch mengeluarkan satu laporan yang memperlihatkan butiran teliti mengenai kontroversi itu.

Menurut Dispatch, Kim Seo Ho dikatakan pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Choi.

Tambah laporan tersebut, mereka dikatakan mula bertemu pada 2019 dan bercinta pada Mac 2020.

Cik Choi difahamkan pernah berkahwin tetapi bercerai.

Kim Seo Ho yang pada mulanya tidak mengetahui tentang perceraian tersebut tetap bertekad untuk meneruskan hubungan tersebut kerana rasa sayangnya terhadap Cik Choi.

Namun, menurut laporan Dispatch lagi, bekas teman wanita Kim Seo Ho itu didapati pernah mencuranginya yang mana, walaupun selepas perkara tersebut diketahui pelakon lelaki itu, dia masih memutuskan untuk memberikan hubungan tersebut satu lagi peluang.

Kim Seo Ho dikatakan turut memperkenalkan bekas teman wanitanya itu kepada ibu bapanya.

Rakannya bagaimanapun mendakwa pelakon lelaki tersebut mengalami masa yang sukar kerana keadaan mereka yang rumit.

Setakat ini, agensi pelakon tersebut tidak memberi sebarang respons terhadap pendedahan yang dibuat oleh Dispatch itu.

Sementara itu, wanita yang didakwa sebagai bekas teman wanita Kim Seo Ho itu telah menjadikan akaun Instagramnya dalam mod ‘private’ susulan kontroversi yang melanda.

 

Sumber: [1]