COVID-19 ni memang memberi impak yang besar kepada dunia. Antaranya, ramai yang hilang pekerjaan apabila banyak perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa.
Sebuah agensi pelancongan Jerman, Yui Group turut terkesan dengan perkara itu dan menyebabkan mereka memberhentikan 8000 pekerja di seluruh dunia.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif agensi itu, Fritz Joussen menyatakan bahawa pihaknya telah mensasarkan untuk mengurangkan kos operasi sebanyak 30 peratus.
Agensi tersebut telah mengalami kerugian sebanyak 845.8 juta Euro pada separuh pertama tahun ini selepas banyak negara melakukan sekatan perjalanan serta pembatalan percutian.
Impak itu turut terasa pada negara kita apabila terdapat sebilangan industri mula memberhentikan pekerja mereka akibat penularan wabak ini.
Sumber: Astro Awani