Perancis belasah Ukraine 7-1 pada aksi persahabatan antarabangsa.
Pada perlawanan itu, penyerang Perancis, Olivier Giroud menjaringkan 2 gol untuk skuad Les Bleus.
Walaupun kedua-dua gol Giroud itu tak berapa penting dalam perlawanan tersebut, namun ia membawa makna yang lebih besar untuk Giroud.
Giroud kini telah menjaringkan 42 gol untuk pasukan kebangsaannya, sekaligus mengatasi legenda, Michel Platini dengan 1 gol.
Ia sekaligus membolehkan Giroud muncul penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman untuk juara dunia 2 kali itu.
Penyerang Chelsea itu kini hanya ketinggalan 7 gol di belakang penjaring terbanyak iaitu Thierry Henry.
Bukan itu sahaja pencapaian yang dilakukan Giroud.
Dia juga membuat penampilan ke-100 nya untuk Perancis pada aksi tersebut, pemain ke-8 untuk berbuat demikian.
Bekas pertahanan Perancis, Lillian Thuram telah membuat 142 penampilan, yang terbanyak untuk pasukan itu.
6 lagi pemain yang miliki sekurang-kurangnya 100 penampilan untuk Perancis ialah Thierry Henry, Marcel Desailly, penjaga gol, Hugo Lloris, Zinedine Zidane, Patrick Vieira dan pengurus Perancis, Didier Deschamps.
Giroud ni dah kira hebat la kalau berada dalam senarai yang sama dengan pemain-pemain yang disebutkan ni.
Atau peminat Arsenal dan Chelsea kurang bersetuju dengan pendapat ni?
Oleh : Karami Kamel