Tempahan Keranda Di Jakarta Menaik Tiga Kali Ganda Akibat COVID-19

Akibat lonjakan kes COVID-19, jumlah keranda yang ditempah di Jakarta, Indonesia meningkat tiga kali ganda dalam sehari.

tempahan keranda di jakarta menaik tiga kali ganda akibat covid-19

Perkara tersebut didedahkan seorang pembuat keranda bernama Olaska Purba yang bekerja di sebuah bengkel berdekatan satu tanah perkuburan di Jakarta.

Menurutnya, sebelum ini, dia dan rakan-rakan sekerjanya hanya menghasilkan kira-kira 10 keranda dalam sehari.

Angka tersebut bagaimana melonjak naik pada 30 keranda setiap hari akibat kenaikan kes COVID-19 di bandar raya Indonesia itu.

Susulan itu, pasukannya kini mengalami kesibukan yang tidak berkesudahan kerana tempahan keranda yang meningkat.

Selain itu, mereka turut mengalami kesukaran untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat keranda berikutan harga papan lapis meningkat.

Indonesia kini berdepan kenaikan kes COVID-19 ketara dan terburuk di Asia akibat penularan pesat varian Delta yang pertama kali dikesan di India.

Jawa dan Bali merupakan wilayah yang paling terjejas di negara itu akibat wabak tersebut.

 

Sumber: [1]