Telefon Pintar Sebagai Kunci Kereta Akan Jadi Kenyataan Tak Lama Lagi

telefon pintar sebagai kunci kereta akan jadi kenyataan tak lama lagi

Semakin hari teknologi terus berkembang dan semakin canggih. Teknologi ni bagus sebenarnya sebab memudahkan urusan orang.

Terbaru, ketika acara WWDC, syarikat teknologi besar dunia, Apple telah mengumumkan bahawa syarikat BMW akan menawarkan kunci digital kepada pelanggannya melalui iOS terkini.

Jadi, pegguna iPhone dan juga BMW boleh mengunci, membuka kunci dan menghidupkan enjin kenderaan melalui telefon pintar mereka. WOW!

Apa yang lagi menarik adalah pemilik kereta boleh berkongsi kunci digital itu dengan lima orang yang lain. Kiranya, kalau ahli keluarga korang ada lima orang jadi tak perlu ada lima kunci dah.

Wow, tak sabarnya teknologi ni nak berkembang pesat pada pengeluar yang lain. Serius inovasi ni akan memudahkan ramai orang!

Sumber: The Star