Tidak dinafikan penggunaan santan dalam masakkan membuatkan masakkan lebih berlemak dan sedap. Tapi ramai yang tak tahu teknik atau cara perahan santan yang paling berkesan. Baca lebih lanjut, rugi kalau tak baca!
1) Untuk dapatkan santan yang lebih pekat, gunakan air suam dan bukan air yang panas menggelegak, nanti santan akan pecah minyak. Air suam lebih mudah untuk diekstrak.
2) Tuangkan sedikit air suam kedalam bekas berisi kelapa parut dan ramas kelapa parut untuk ia lebih sekata. Kemudian bahagikan kelapa parut kepada dua. Ambil satu bahagian masukkan ke dalam blender dan tuangkan sedikit air suam lagi dan blend! Selesai sudah, tapis santan itu!
3) Kelapa parut yang selebihnya tadi, jangan di blend. Just' gunakan santan perahan sahaja. Ini adalah untuk menjaga kepekatan santan. Kalau blend kesemuanya sekali pasti santan akan menjadi terlalu cair.
4) Apabila sudah dicampur kedua dua santan itu, blend sekali lagi dan tambahkan sedikit air suam. Jangan risau, jika masih ada lagi lapisan pati santan pekat pada permukaan kira okay la tu! perfect!
Cara ini adalah untuk sukatan sebiji kelapa sahaja. Kalau nak buat banyak, buat satu persatu untuk menjaga kepekatan santan. Kalau nak santan tahan lama, pastikan guna air masak jangan gunakan air paip. Selamat mencuba guys!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: vanillakismis