Taylor Swift Rekod Semula Lagu-Lagu Dari Album Terdahulu

taylor swift rekod semula lagu-lagu dari album terdahulu

Penyanyi wanita terkenal, Taylor Swift telah menyatakan bahawa beliau sedang merekod semula lagu-lagu daripada albumnya terdahulu. Perkara itu disampaikan sendiri oleh pelatun lagu Blank Space ini ketika menerima anugerah Artist of The Year, American Music Awards.

Sebelum ini kisah perbalahan beliau dengan Scooter Braun menarik perhatian dunia hiburan. Dikatakan Scooter Braun telah menjual hak milik albumnya kepada orang lain dengan sejumlah wang.

Baru-baru ini Taylor Swift telah berkongsi akan perkara tersebut melalui twitternya. Menurut Taylor, Scooter telah menjual katalog albumnya kepada orang lain tanpa pengetahuan dan perbincangan darinya. Perkara tersebut membuatkan dia marah akan lelaki tersebut.

Rata-rata Swifties berasa amat teruja dan gembira dengan pengumuman akan rakan semula album-album Taylor Swift.

Whoaaa tak sabarnya!
 

Sumber: BILLBOARD