Bekas pemain badminton nombor satu dunia yang juga wakil Indonesia, Taufik Hidayat melakukan tuduhan berat terhadap badan induk badminton negara apabila dia mendedahkan cubaan untuk disogok yang dilakukan padanya ketika menentang Lee Chong Wei pada suatu ketika dahulu.
Kongsinya, ia berlaku ketika perlawanan Sukan Asia Doha pada 2006.
Memetik laporan yang disiarkan di Detik Indonesia, kata Taufik, pada waktu itu, dia dijadualkan bertemu dengan Chong Wei di peringkat separuh akhir yang mana Taufik adalah pilihan ketujuh sementara Chong Wei pula adalah pilihan kedua.
Lanjutnya, menjelang perlawanan, Taufik didatangi pegawai tempatan yang menawarkan rasuah, yang mana dia difahamkan cuba disuap dengan sejumlah wang yang dikatakan dua kali ganda daripada bonus pemerintah di Indonesia.
Permintaan mereka adalah agar dia menyerah kepada Chong Wei.
Bagaimanapun, kongsinya, dia menolak dengan tegas, dan berjaya menewaskan Chong Wei 21-16 dan 21-18.
Di pusingan final, Taufik kemudian berdepan dengan Lin Dan yang mana dia turut berjaya memenangi pingat emas ke atas wakil hebat dari China itu dengan 21-15, 22-20.
Sumber: [1]