Tarikh Tutup Rayuan Geran Khas Prihatin Pada 15 Jun Ini

tarikh tutup rayuan geran khas prihatin pada 15 jun ini

Bagi mereka yang mempunyai Sijil SSM, mereka harus memohon Geran Khas Prihatin di bawah Pakej Prihatin yang telah diberikan oleh kerajaan.

Untuk sesiapa yang sudah membuat permohonan anda boleh semak status permohonan mulai 3 Jun yang lalu melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my .

Bagaimanapun, bagi mereka yang masih gagal, jangan risau sebab anda masih berpeluang untuk membuat permohonan rayuan. Anda boleh buat rayuan melalui portal yang sama. Tapi, pastikan anda lakukan sebelum 15 Jun ini.

Sumber: LHDN