Semasa PKP, pokok-pokok dan tanaman mendapat tempat di hati orang ramai. Ramai yang sudah mula bercucuk tanam dan membeli pokok-pokok untuk menghiasi rumah. Bagus hobi ni sebenarnya kerana dapat menenangkan fikiran.
Bagaimanapun, satu perkara yang korang perlu tahu adalah tanah pada tanaman merupakan tempat paling kondusif untuk mikrooorganisma membiak kerana kandungan bahan organic, inorganic dan mineral yang tinggi.
Tanah didiami mikroorganisma yang bermacam seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliate. Dikatakan juga setiap satu garam tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikro organisma terutama bahagian akar pokok. Sebab itu lah agak kurang baik sebenarnya untuk meletakkan tanaman di dalam rumah.
Tapi ada cara atau teknik lain yang korang boleh ikut untuk tanam tumbuh-tumbuhan di dalam rumah. Tips untuk menyimpan pokok dalam rumah adalah menggunakan tanah liat yang dikembang/Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ sejenis mineral hasil letusan gunung atau gunakan kaedah hidroponik.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: Berita Harian