Tanah Tinggi Be’kelalan Dah Macam Kat Switzerland

tanah tinggi be’kelalan dah macam kat switzerland

Switzerland merupakan negara yang mempunyai pemandangan alam semula jadi yang cantic dan menawan. Tapi korang tau tak dekat Tanah Tinggi Be’kelalan yang terletak di daerah Lawas, Sarawak mempunyai pemandangan mirip Switzerland. Tanah Tinggi Be’kelalan ini berada di ketinggian 3000 kaki dari aras laut dan suhu di bawah 21 darjah celcius. Kalau korang meminati pemandangan sebegini korang wajib kunjung ke sini.

Be’kelalan bermaksud sawah padi dan sungai. Kalau korang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk naik pesawat twin-otter dari Miri ke Lawas. Pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan di sini seperti berkunjung ke Purait Strawberry Farm, berjalan jalan di sawah padi, boleh ke Long Kumap Salt Spring dan Sungai Kumap.

Penginapan di beri nama Ba’Kelalan Owl House yang diperbuat daripada rumah kayu yang memberikan korang feel dan aesthetic kampung zaman kanak kanak dulu kala. Memang cantik! Korang yang sukakan nature boleh hiking untuk menikmati pemandangan puncak Pa Sarui yang sangat memukau.

Tanah tinggi Be’kelalan sememangnya akan meninggalkan pengalaman yang indah yang tidak dapat dilupakan. Back to nature.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rileklah