Taman Tema Di Jepun Dibuka Kembali, Boleh Naik Thrill Ride Tapi Tak Boleh Jerit

taman tema di jepun dibuka kembali, boleh naik thrill ride tapi tak boleh jerit

Penularan wabak COVID-19 benar-benar memberi impak kepada dunia. Banyak kedai dan juga pusat hiburan terpaksa ditutup untuk mengelak daripada wabak tersebut terus menular.

Walaubagaimanapun, beberapa taman tema di Jepun bakal dibuka kembali. Buat masa ini mereka sedang menyediakan garis panduan berada di taman tema. Panduan ini bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Dalam banyak-banyak syarat yang dikenakan, ada satu syarat yang agak pelik iaitu pengunjung tak boleh menjerit ketika menaiki sebarang permainan. Eh, kalau naik roller coaster macam mana tu?

Pengunjung juga dinasihatkan untuk tidak bertempik dan hanya mendiamkan diri ketika menaiki mana-mana permainan.

Syarat ini juga termasuklah taman tema yang berunsurkan rumah hantu dan juga bertemu dengan mascot. Habis tu kalau tak jerit rumah hantu macam mana nak feel kan?

Selain itu, pihak taman tema juga akan memastikan semua pekerja yang mengenakan kostum tidak berpelukan atau bersentuhan dengan pengunjung. Biarpun staf-staf lain perlu memakai topeng muka, namun mereka perlu memastikan berkomunikasi dengan baik walaupun senyuman mereka tersembunyi di balik topeng .

Sumber: mothership.sg