Takutnya, Wanita Di Indonesia Bawa Sekali Ular Peliharaan Ketika Berjalan Keluar

Sering kali, kaum wanita terutamanya akan berasa ketakutan untuk melakukan transaksi di mesin ATM pada waktu malam kerana khuatir sekiranya terdapat sebarang penjahat.

takutnya, wanita di indonesia bawa sekali ular peliharaan ketika berjalan keluar

Namun, lain pula yang terjadi pada seorang wanita di Indonesia ini yang mana dia membawa sekali ular peliharaan bagi menemaninya melakukan transaksi deposit tunai di mesin ATM.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @/stasya.aulery, wanita yang dikenali sebagai Stasya itu merakamkan dirinya yang ingin melakukan transaksi deposit tunai di ATM.

Dia bagaimanapun, tidak keseorangan apabila turut serta membawa haiwan peliharaannya yang bernama Minato itu atas alasan menjaga keselamatan dirinya sepanjang melakukan transaksi terbabit.

Sedemikian, menurutnya dia berupaya untuk melakukan transaksi di mesin ATM dengan selamat sehingga kesemua wang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Selain mesin ATM, wanita tersebut turut sempat membawa ular peliharaannya itu bersiar-siar di pasar raya mini terlebih dahulu sebelum itu.

 

@stasya.aulery

ajak minato kemana lagi ya ☺️ #fyp #fypgakni

♬ edamame - bbno$

 

 

Sumber: [1]