Selepas fasa PKP dan PKPB, orang ramai sudah mula kembali aktif dalam melakukan aktiviti seperti beriadah, bersenam, jogging, badminton, bermain bola sepak dan sebagainya. Dikatakan orang ramai sangat merindui aktiviti beriadah dan bersukan setelah sekian lama duduk dirumah dan ada yang risau tentang berat badan.
Berbasikal adalah aktiviti yang paling diminati ramai. Orang yang tak pernah cycling pun turut mencuba aktiviti ini. Ini adalah senarai tempat tempat yang sesuai untuk berbasikal.
- Taman Botani Negara, Shah Alam
Taman seluas 1,295 hektar ini menyediakan pemandangan yang sangat cantik dan tempat ini sesuai untuk berbasikal. Harga untuk sewa basikal adalah rm10 untuk 1 jam pertama
- Forest Research Institute Malaysia (FIRM), Kepong
Di sini menyediakan trail ‘ off road’ yang sesuai untuk bina stamina bagi para cyclist. Harga sewa basikal adalah rm6 untuk basikal kecil dan rm8 untuk basikal besar. Setaip jam seterusnya dikenakan rm2 sejam.
- Taman Metropolitan, Kepong
Taman ini ada laluan basikal sepanjang 3km dan jalannya agak rata dan sangat selamat. Tempat ni sesuai sangat untuk sesiapa yang baru nak berjinak dengan aktiviti berbasikal.
- Taman Bukit Kiara, TTDI
Taman ini menyediakan jalan yang luas dan menjadi tumpuan para joggers dan cyclist. Jalan ada sedikit curam dan perlu berhati hati. Di sini tidak mempunyai penyewaan basikal.
- Taman, Botani, Putrajaya
Tempat ini sangat special sehinggakan ia menjadi lokasi orang ramai menikmati pemandangan cantik dan tenang. Harga sewa basikal adalah rm2 setaip jam. Murah kan?
Sesiapa yang baru berjinak berbasikal, selamat mencuba dan berhati hati ketika berbasikal.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: rileklah