Tak Sabar Nak Balik Sekolah? Ini Norma Baharu Yang Perlu Diamalkan Di Kawasan Sekolah

tak sabar nak balik sekolah? ini norma baharu yang perlu diamalkan di kawasan sekolah

Melihat di media massa, ramai yang berkongsi akan kerinduan mereka pada sesi persekolahan. Bagus lah remaja dekat Malaysia ni.

Sesi persekolahan akan dibuka semula. Bagaimanapun, semua aktiviti PnP dibenarkan. Namun, beberapa aktiviti seperti acara sukan, kokurikulum dan perhimpunan tidak akan dibenarkan termasuklah apaapa sahaja aktiviti yang berhimpunan dan bersemuka.

Selain itu, sekiranya bacaan suhu pelajar atau kakitangan melebihi 37.5 serta menunjukkan simpom sakit tekak, batuk dan sukar bernafas mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah.

Jadi, pemeriksaan suhu badan akan dilakukan di pintu pagar sekolah atau di tapak perhimpunan untuk setiap murid, guru dan pekerja sekolah akan diwajibkan. Saringan kesihatan harus dilakukan setiap hari sebelum bermula sesi persekolahan.

Kepada ibu bapa yang berkunjung ke sekolah, mereka perlu memuat turun aplikasi Mysejahtera untuk bagi rekod pengesahan kontak. Setiap individu juga perlu menjaga dan mengamalkan penjarakan social dan kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun.

Pihak pengurusan sekolah harus memastikan sekolah sentiasa bersih sebelum sesi persekolahan bermula dan selepas sesi persekolahan tamat. Cecair pembasmi kumas harus diletakkan di setiap kawasan. Sesi persekolahan yang dibenarkan beroperasi hanya yang membabitkan kelas peperiksaan seperti SPM, SVM, STPM dan STAM.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: bharian