Tak Funny Pun Buat Prank Pakai Gelang Pink, Kes Diserahkan Kepada Pihak Polis

tak funny pun buat prank pakai gelang pink, kes diserahkan kepada pihak polis

Semua orang tahu gelang pink atau putih sangat sensitif buat masa ini. Kedua-dua alat tersebut digunakan untuk mereka yang sedang menjalankan kuarantin akibat terdedah kepada virus COVID-19.

Baru-baru ini terdapat seorang personality media sosial telah membuat satu kandungan dengan memakai gelang pink. Konon-kononnya nak prank orang sekeliling lah. Dia memakai gelang tersebut dan telah makan di restoran.

Akibatnya, ramai yang marah dengan tindakan kurang sensitifnya. Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakbob menyatakan tindakan boleh diambil kepada prankstrer ini kerana menyebabkan ketahukan pada orang awam.

“Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan nak menjadikan ini bahan mainan, bahan ketawa, Ini melibatkan isu nyawa.” Kata Datuk Seri Ismail Sabri sewaktu sidang media harian.

Tak salah nak buat content tapi pastikan apa yang korang buat tu bukan sekadar untuk menaikkan view dengan perkara-perkara yang tak sensitif. Banyak je lagi content berilmiah dan educated yang korang boleh buat sebenarnya.

Sumber: The Star