Tak Boleh Terbang, Syarikat Penerbangan Ini Buka Restoran Bertemakan Kapal Terbang

tak boleh terbang, syarikat penerbangan ini buka restoran bertemakan kapal terbang

Dunia terus terkesan dengan COVID-19. Banyak negara masih lagi terjejas dengan pandemik ini. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga mereka telah menutup pintu masuk antarabangsa dengan tidak membenarkan kapal terbang mendarat di negara mereka.

Perkara ini telah menjejaskan perniagaan seperti syarikat penerbangan. Namun, jika mereka tidak mempunyai apa-apa perancangan perkara ni boleh menyebabkan mereka menanggung kerugian yang teruk.

Disebabkn oleh itu, syarikat penerbangan Thailand Airways telah membuka perniagaan restoran berasaskan kapal terbang.

Apa yang menariknya, kalau sesiapa yang rindu dengan makanan dalam flight mereka boleh datang ke restoran ini dan menikmati makanan yang sama. Lebih menarik lagi, para pelayan yang lengkap berpakaian pramugari akan melayani pelanggan seperti mana di dalam kapal terbang.

Menarik kan?

Sumber: South China Morning Post