Taj Mahal Kini Dibuka Semula Walaupun Kes Covid-19 Cecah Lebih 5 Juta Di India

taj mahal kini dibuka semula walaupun kes covid-19 cecah lebih 5 juta di india

Bangunan ikonik Taj Mahal kini dibuka semula walaupun kes Covid-19 di India meningkat.

Menerusi data terbaru Johns Hopkins University, India kini berada di kedudukan kedua tertinggi dengan mencecah lebih 5 juta kes positif Covid-19.

BACA: Kes Positif Covid-19 Di Seluruh Dunia Kini Cecah Lebih 30 Juta

Bangunan tapak warisan UNESCO telah ditutup selama 6 bulan kini dibuka sejak semalam, 21 September 2020.

Difahamkan, selain dari mengikut SOP yang ditetapkan, jumlah pengunjung yang dibenarkan masuk juga dihadkan kepada 5,000 orang sehari.

Malah, pihak pengurusan akan memperketatkan protokal SOP dan tidak akan ada penjualan tiket di kaunter.

Menurut laporan Hindustantimes, kira-kira 160 tiket telah ditempah secara dalam talian, tetapi yang pertama masuk adalah pelancong dari Taiwan yang tinggal di India.