Tahniah! Meski Sibuk Dengan Kerjaya Seni, Tabby Dolla Tetap Berjaya Bergelar Graduan Ijazah!

Meski dirinya sibuk dengan kerjaya nyanyian bersama kumpulan M-Pop popular, Tabby, 22, baru-baru ini berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Kepujian Perniagaan dari Universiti Taylor!

tahniah! meski sibuk dengan kerjaya seni, tabby dolla tetap berjaya bergelar graduan ijazah!

Tabby atau nama sebenar, Tabitha Ariel Lam berkata, dia berterima kasih kepada Dolla, syarikat rakaman dan universiti yang telah banyak menyokongnya selama tiga tahun tempoh pengajian itu.

“Kerjasama pasukan Universal Music Malaysia dan universiti membuatkan impian saya menjadi realistik. Sekiranya ada peperiksaan atau sebagainya, pasukan akan mengosongkan jadual untuk saya.

“Jadi, saya boleh menyeimbangkan pelajaran dan kerjaya saya. Disebabkan sokongan itulah saya berjaya.

“Bagi saya, pendidikan sangat penting, walaupun ada impian atau cita-cita menjadi artis. Pendidikan adalah perancangan jangka panjang.

“Apabila mempunyai pendidikan, ia membolehkan saya melakukan sesuatu sekiranya perjalanan dalam industri tidak berpanjangan,” kata Tabby kepada akhbar tempatan.

Baru-baru ini, Tabby berkongsi bersama pengikutnya di Instagram mengenai khabar gembira tersebut.

Menurutnya, dia menerima tajaan biasiswa khas daripada Universiti Taylor.

“Dari permulaan pengajian, saya berazam mahu menghabiskannya. Jadi, saya meletakkan tekanan ke atas diri untuk berjaya.

“Namun, universiti memberi ruang dan tidak membuat syarat atau peraturan ketat yang perlu diikuti.

“Selagi saya menghadiri kelas dan mengekalkan gred baik, saya boleh terus melakukan apa yang saya mahukan,” tambahnya.

Susulan pengajiannya yang telah selesai, Tabby kini merancang untuk memberi laluan sepenuhnya terhadap perjalanan kerjaya seni.

 

Sumber: [1]