Taeyeon Girls’ Generation baru-baru ini meluahkan kemarahannya di media sosial terhadap penderaan haiwan di salah sebuah set drama Korea, The King of Tears, Lee Bang Won.
Pada 21 Januari lalu, KBS telah mengeluarkan permohonan maaf selepas seekor kuda dilaporkan mati seminggu selepas digunakan dalam penggambaran drama tersebut.
Bagi mencipta adegan yang mana salah satu watak dalam drama itu jatuh dari kuda, kuda tersebut ditarik ke tanah menggunakan tali yang diikat pada kakinya yang mana para penonton kemudian membangkitkan kebimbangan mereka terhadap penderaan haiwan dan sifat berbahaya aksi itu.
Berikutan itu, menerusi Instagram Story miliknya, Taeyeon kemudian berkongsi tangkapaan skrin aduan yang difailkan Pembela Hak Haiwan Korea (KARA) terhadap drama itu dan menulis, “Video itu amat menyakitkan untuk ditonton dan membuatkan saya menitiskan air mata. Ia membuat saya marah. Bagaimana mereka boleh membuat penggambaran seperti itu pada zaman ini...
“Ia adalah salah satu perkara yang mengerikan untuk kedua-dua orang dan haiwan. Adakah terdapat seseorang yang berlari untuk memeriksa keadaan kuda dengan segera? Siapa yang datang dengan idea ini untuk kaedah penggambaran yang sukar dipercayai ini?”
Sumber: [1]