Taeyang BIGBANG Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Dengan Pasangan

Anggota kumpulan BIGBANG, iaitu Taeyang bakal bergelar bapa buat pertama kalinya selepas mengumumkan isterinya, Min Hyo Rin kini sedang menimang cahaya mata sulung mereka.

taeyang bigbang bakal timang cahaya mata pertama dengan pasangan

Berita menggembirakan itu mula mendapat perhatian ramai setelah media Hankook Ilbo melaporkan Hyo Rin, yang juga merupakan seorang aktres popular, sememangnya sedang hamil dan dijangka akan melahirkan anak pertama mereka itu tidak lama lagi.

Perkara tersebut turut disahkan oleh agensi yang menaungi Hyo Rin.

“Memang benar Min Hyo Rin sedang hamil. Dia menanti dengan gembira,” kongsi agensi tersebut.

Bagaimanapun tambah mereka, pasangan tersebut berharap agar privasi mereka dapat dihormati, “Sementara dia berharap dapat melahirkan anaknya dengan tenang, kami mohon kerjasama anda kerana tidak mendapat sebarang pertanyaan lanjut.”

Taeyang dan Min Hyo Rin pertama kali bertemu pada 2014 di lokasi muzik video “1AM” nyanyian anggota BIGBANG itu.

Selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan percintaan, pasangan itu akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka pada Februari 2018.

 

Sumber: [1]