Taemin Sertai Perkhidmatan Ketenteraan Mei Ini

Taemin, anggota kumpulan K-Pop popular SHINee, dilaporkan bakal menyertai perkhidmatan ketenteraan bermula Mei ini.

taemin sertai perkhidmatan ketenteraan mei ini

Menurut SM Entertainment, penyanyi berusia 27 tahun itu akan mendaftar pada 31 Mei.

Namun, mereka tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai tempat dan jadual pendaftarannya, atas permintaan Taemin yang ingin mendaftar dengan tenang.

Tapi difahamkan, Taemin akan memegang jawatan dalam kumpulan Tentera Darat.

Taemin, memulakan debutnya pada 2008 bersama kumpulan SHINee.

Pada 2013, dia memulakan karier solonya.

Taemin juga merupakan sebahagian daripada projek boyband Super M.

Terdahulu, SHINee mengeluarkan album studio ketujuh mereka, berjudul Don’t Call Me.

 

Sumber: [1