TWICE Bakal Muncul Dalam The Kelly Clarkon Show

Kumpulan gadis K-Pop TWICE dilaporkan bakal tampil dalam The Kelly Clarkson Show pada 27 April ini.

twice bakal muncul dalam the kelly clarkon show

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat pengurusan mereka, JYP Entertainment, mereka bakal mempersembahkan lagu popular mereka yang berjudul “Cry For Me” dalam rancangan tersebut.

Disember tahun lalu, kumpulan tersebut mempersembahkan lagu tersebut secara langsung buat pertama kalinya di Mnet Asian Music Awards (MAMA) yang mana video persembahan tersebut kini telah ditonton lebih daripada 24 juta kali di YouTube.

The Kelly Clarkson Show merupakan sebuah rancangan bual bicara yang dihoskan penyanyi Amerika Syarikat, Kelly Clarkson yang terkenal dengan kejayaannya menerusi lagu “Because of You” pada 2004.

Terdahulu, rancangan tersebut juga pernah menampilkan beberapa bintang pop ternama antaranya termasuklah Dua Lipa, serta boyband K-Pop Seventeen dan Rose BLACKPINK.

 

Sumber: [1]