Syarikat Penerbangan Sediakan Perkhidmatan Penerbangan Palsu Kepada Mereka Yang Mengidam Nak Terbang

syarikat penerbangan sediakan perkhidmatan penerbangan palsu kepada mereka yang mengidam nak terbang

Tak dinafikan ada seseorang orang mempunyai perangai pelik dan keinginan pelik di mana mereka tidak suka berada di rumah. Kalau boleh, setiap masa nak ada dekat tempat lain. Kalau boleh juga, setiap jam nak ada dalam kapal terbang.

Bagaimanapun, memandangkan wabak COVID-19 telah melanda dunia, majority jadual penerbangan melibatkan keluar kawasan sempadan terpaksa dibatalkan. Jadi, terpaksalah kaki travel berkurung di dalam rumah.

Namun, korang jangan risau sebab dua syarikat penerbangan telah memulakan inisiatif untuk meraikan mereka yang suka berada di dalam kapal terbang. China Airlines dan Eva Air telah menyediakan perkhidmatan penerbangan palsu.

Walaupun palsu, tapi setiap pelanggan yang nak cuba penerbangan ini mereka harus membeli tiket, memeriksa barang, dan duduk di atas kapal terbang untuk tempoh dua jam. Penerbangan palsu ini dijayakan di Taipei pada 4 Julai dan 7 Julai di lapangan terbang Taiwan.

Dalam penerbangan palsu ini juga korang masih boleh ambil gambar kapal terbang dan sebagainya. Cumanya tiada perkhidmatan makanan dan minuman yang disediakan.

Menarik juga idea ni kan? Boleh lah tolong ‘merawat’ mereka yang suka berada di dalam kapal terbang.

Sumber: Sinar Harian