Walaupun smartphone dikatakan pintar namun masih juga wujud beberapa masalah terutama sekali aktiviti menggodam atau Bahasa Inggeris-nya hack.
Disebabkan oleh itu, sebuah syarikat anti-virus popular, Kaspersky sedang berusaha untuk menghasilkan sebuah telefon bimbit pintar yang mempunyai sekuriti yang tinggi dan tidak boleh digodam.
Menurut syarikat itu, salah satu impian mereka adalah untuk mencipta sebuah telefon yang selamat dan langsung tidak boleh digodam. Telefon pintar itu akan menerima fungsi yang yang minimal dengan satu standard pada aplikasi dan mempunyai cariannya yang tersendiri.
Buar masa ini masih belum ada tarikh yang tetap bila syarikat itu akan melancarkan telefon berkenaan yang akan menggunakan sistem operasi tersendiri. Bagaimanapun mereka menjangkakan telefon tersebut akan dikeluarkan pada tahun 2021 kelak. Pengeluar syarikat itu pula merupakan dari China. Namun, mereka masih belum mendedahkan nama syarikat itu.
Sumber: gizchina