Syaidatul Afifah Bersara

syaidatul afifah bersara

Syaidatul Afifah ambil keputusan untuk bersara daripada sukan boling serta-merta.

Berita ini mengejutkan ramai pihak memandangkan dia baru berusia 29 tahun dan merupakan antara pemain yang konsisten berada dalam senarai enam pemain terbaik kebangsaan sejak 2014.

Syaidatul Afifah telah pun menghantar surat tarik diri daripada skuad kebangsaan kepada Majlis Sukan Negara, semalam selepas 11 tahun mewakili negara.

syaidatul afifah bersara

Ramai yang tertanya-tanya apa sebab yang membuatkan Syaidatul Afifah bersara ni kan? Sebab ada laporan mengatakan Syaidatul Afifah ingin jadi ikon media sosial.

Katanya, semua persoalan itu akan terjawab pada sidang media yang akan diadakannya hari ini.

Pencapaian terbaik Syaidatul Afifah selama menyarung jersi kebangsaan termasuklah menjuarai acara berpasukan wanita pada Kejohanan Boling Dunia 2017.

syaidatul afifah bersara

Oleh : Karami Kamel