Sweetnya! Shah Rukh Khan Baca Semula Petikan Awal Lagu Aankhein Khuli Selepas 20 Tahun

sweetnya! shah rukh khan baca semula petikan awal lagu aankhein khuli selepas 20 tahun

Siapa je yang tak tahu lagu Aankhein Khuli yang dinyanyikan dalam filem Bollywood popular Mohabbatein. Kalau dalam filem tu, sebelum diorang menyanyi Shah Rukh Khan ada membaca kan beberapa ayat sebagai permulaan lagu tersebut.

Selepas 20 tahun, Shah Rukh Khan membaca ayat itu semula dan memuat naik pada twitternya. Suara Shah Rukh Khan tetaplah sama dan apabila korang dengar mesti akan tersenyum seorang diri. Lepas tu confirm korang akan cari lagu ni untuk dengar semula.

Shah Rukh Khan memuat naik voice note tersebut melalui laman akaun Twitternya dengan menggunakan ciri Twitter Voice. Shah Rukh Khan juga berkongsi pengalaman sewaktu merekod suaranya membaca ayat tersebut pada 20 tahun yang lalu.

“Pyaar aise hota hai… Membaca ayat ini semula selepas 20 tahun, masih ingat bagaimana merekod dalam studio yang kecil dalam masa yang sama Adi meniup leher saya dan Yashji menyukainya.”

Sumber: Twitter Shah Rukh Khan