Susulan Kontroversi Aryan Khan, Shah Rukh Khan Ditemui Menyorok Bawah Payung Demi Elak Paparazi

Pelakon masyhur Bollywood, Shah Rukh Khan tiba di Mumbai dari Delhi pada Ahad lalu di lapangan terbang persendirian Kalina.

susulan kontroversi aryan khan, shah rukh khan ditemui menyorok bawah payung demi elak paparazi

Menurut sumber, SRK dikatakan kelihatan tiada mood untuk bergambar dan bersembunyi di bawah payung hitam di lapangan terbang bagi mengelak daripada diambil gambar.

Di media sosial, video yang sama telah menjadi tular, yang mana pengawal peribadi SRK boleh dilihat dalam video berdiri berhampiran keretanya.

Di bawah payung hitam yang besar itu, kelihatan seorang lelaki lain yang bersembunyi mengiringi pelakon terbabit.

Sejak anak sulungnya, Aryan Khan ditahan dalam kes dadah oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Oktober lalu, SRK dikatakan lebih banyak berdiam diri.

Pada 30 Oktober, Aryan Khan akhirnya dibebaskan dari Penjara Jalan Arthur.

Semasa diikat jamin, rakan karib SRK iaitu pelakon Juhi Chawla bertindak sebagai penjamin.

Aryan dibebaskan dengan 14 syarat yang dikenakan mahkamah, termasuk kehadiran mingguannya di pejabat NCB dan larangannya daripada bercakap kepada media mengenai kes itu.

 

Sumber: [1]