Surat Kepada Presiden Sebab Nama Anak Panjang

Punyalah panjang nama. 19 patah perkataan! Tuuuddia! Ada sepasang suami isteri kat Jawa Timur, Indonesia beri anak mereka nama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi- Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Ta­lenta. Fuh! 2 kali nafas nak sebut ni. Panjang bebenor ya. KJ berkenan pulak nama last tu, Talenta. Tapi tulah…KJ yang nama takat 2 rangkai ni pun rasa malas nak tulis kenkadang. Nak-nak bila time exam. Kalau boleh nak jawab soalan terus! Hahaha!

surat kepada presiden sebab nama anak panjang

Bila nama dah panjang macam surat ni dah tentulah mendatangkan isu sampaikan pasangan ni ambik keputusan tulis surat kat Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebab anak mereka tak dapat lagi surat kelahiran. Sijil kelahiranlah kalau kat Malaysia. Si ayah, Arif Akbar, 29, mengaku dia minta bantuan Presiden Jokowi supaya nama anaknya tu dapat dimasukkan ke dalam pangkalan data Kependudukan dan Catatan Sivil. Yelah anak dah masuk umur 3 tahun. Macam mana nak pergi sekolah nanti kalau takde sijil kelahiran…kesian anak. 

Rupa-rupanya jugak, pasangan muda ni dah pun minta Jabatan Kependudukan dan Catatan Sivil mendaftarkan dan memasukkan nama anak mereka tapi kena tolak. Fungsinya macam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pasangan tu dicadangkan ubah atau pendekkan nama anak mereka dulu. 

OK lah, tak nak pendekkan nama ha kita pendekkan cerita. Ya, pasangan tu tolak cadangan. Bila tanya apa alasan bagi nama anak sampai panjang macam tu sekali, ni jawapan ayahnya; “Sebab nama itu berisi doa dan harapan”. Jadi ya, begitulah pilihan mereka. Faham setiap manusia ada prinsip masing-masing. Menasihatkan tu mungkin tapi menghormati hak juga perlu kalau memang itu kehendak mereka. Kat hujung nanti kita sendirilah yang akan bertanggungjawab atas pilihan masing-masing. Mohon doa yang baik-baik untuk anak kecil yang cuma dipanggil Cordo ni. Nama yang dipendekkan daripada salah satu namanya, Cordosega dan dia ada 18 lagi nama lain. 

 

Oleh: KJ 

Sumber:  detiknews & internet