Suka Tanam Pokok? Ini Mungkin Tips Yang Korang Perlukan

suka tanam pokok? ini mungkin tips yang korang perlukan

Semenjak dua menjak ni, ramai yang suka explore aktiviti baru. Ye lah, dah tak boleh nak kemana kan?

 Banyak aktiviti sihat dan menarik yang anda boleh buat dirumah seperti memasak, mengemas, homeowrkout dan menanam pokok. Memandangkan orang ramai tak dapat keluar rumah dan mereka merasakan sangat jauh dengan nature so why not mulakan aktiviti bercucuk tanam.

Ini adalah tips atau petua kepada mereka yang gemarkan aktiviti menanam dan mahukan tanamannya gemok gemok dan subur.

 

  1. Air Beras

Kalau nak masak nasi, masa tengah cuci beras tu jangan buang airnya. Simpan semalaman dan esoknya boleh siram pokok. Boleh siram air beras sekali atau dua kali seminggu. Pokok mesti gemok gemok.

 

  1. Roti Yang Dah Tamat Tempoh

Ambil roti yang dah expired dalam 3 atau 4 keping dan potong kecil kecil. Kemudian rendamkan roti itu di dalam botol. Peram 7 hari dan setiap hari kena buka penutup botol untuk buang gasnya.

 

  1. Kulit Telur

Kulit telur mempunyai khasiat yang sangat baik dan ianya sangat bagus untuk pokok. Jemur kulit telur sampai kering, kemudian tumbuk kulit telur sampai halus seperti serbuk. Tabur di keliling pangkal pokok.

Sumber: mingguanwanita

Oleh: Khalie Azmi