Satu kajian yang dijalankan oleh para saintis alam sekitar dari University of East Anglia, England menunjukkan matahari akan mengembang dan saiznya akan bertambah.
Fenomena dikenali sebagai ‘super-global warming” atau pemanasan global yang sangat ekstrem. Bagaimanapun, hal ini bukanlah disebabkan oleh tangan manusia.
Menurut kajian itu juga, pada 1 bilion tahun akan datang jisim suria atau solar luminosity akan terus meningkat dan menyebabkan suhu permukaan bumi turut meningkat dengan kadar yang tinggi.
Ketika itu, proses penyejatan akan berlaku dengan pantas, memberi kesan besar kepada rumah hijau di atmosfera Bumi. Kesan itu juga menyebabkan air laut menjadi kering kontang dan ketika itu kehidupan di Bumi termasuklah hidupan mikro akan mati terbakar.
Selain itu saintis juga menyatakan, 5 bilion tahun mendatang saiz matahari akan mula berkembang saiznya sehinggalah menjadi bintang yang dikenali oleh sains sebagai gergasi merah atau red giant (RG).
Sumber: Rancak TV