Suami Terpaksa Jual PlayStation 5 Selepas Isteri Tahu Itu Bukan Air Purifier

suami terpaksa jual playstation 5 selepas isteri tahu itu bukan air purifier

Demam PlayStation 5 melanda di seluruh dunia. Hampir setiap negara bercakap tentang permainan game konsol ini. Jadi, banyaklah cara untuk mendapatkan permainan ini. Ada si suami yang cuba memujuk isteri untuk membeli permainan itu.

Dekat Taiwan, ada seorang lelaki terpaksa jual kembali alat permainan itu selepas isterinya mendapat tahu bahawa alat itu bukan air purifier. Ala, kesiannya!

Menurut Asia One, lelaki tersebut cuba menipu isterinya bahawa benda itu merupakan air purifier. Pada awalnya, taktik tersebut berjaya.

Namun, entah macam mana isterinya berjaya menghidu akan kebohongan tersebut. Selepas mengetahui bahawa alat tersebut merupakan PlayStation 5, lelaki tersebut telah dibebel oleh isterinya.

Akhirnya, lelaki itu mengambil keputusan untuk menjual semula permainan itu.

Hahaha! Sebab tu jangan main-main dengan isteri.

Sumber: Asia One