Ragam manusia ni macam-macam. Ada ragam manusia yang menarik dan menyejukkan hati, tak kurang juga yang mencuit hati serta menyakitkan hati ni.
Satu kes di Mumbai, India, seorang suami sanggup menipu si isteri kononnya dia dijangkiti Covid-19 semata-mata untuk bersama kekasih.
Difahamkan, si suami yang dikenali sebagai Manish Mishra telah menelefon isternya memaklumkan yang dia kini positif Covid-19 dan akan mati sebelum menghilang selama 3 bulan.
Gagal dihubungi keluarga, si isteri bertindak membuat laporan polis.
Pihak polis yang menerima laporan itu kemudian membentuk pasukan khas untuk mencari Mishra.Hasil siasatan polis mendapati, lelaki berkenaan kini tinggal bersama kekasihnya di Indore dan tidak dijangkiti virus Covid-19.
Sampai sanggup menipu positif Covid-19, gara-gara mahu bersama kekasih hati. Pentingkan diri sungguh!
Sumber: Astro Awani