Stormtrooper Jadi Penjaga Social Distancing Di Kawasan Membeli Belah Walt Disney

stormtrooper jadi penjaga social distancing di kawasan membeli belah walt disney

Baru-baru ni kawasan membeli belah Walt Disney di Orlando telah pun dibuka kepada orang ramai dan pengunjung.

Biarpun dibuka namun setiap pengunjung wajib memakai topeng hidung dan mulut, memeriksa suhu dan mengamalkan penjarakan sosial.

Namun, apa yang menariknya, untuk memastikan semua orang mengamalkan penjarakan sosial, Walt Disney menggunakan karakter daripada filem Star Wars stormtrooper bagi mengawal keadaan tersebut.

Satu video yang tular memaparkan dua orang stormtroopers berada di atas balkoni dan berinteraksi semasa sendiri dengan cara yang lawak. Mereka mengingatkan pengunjung supaya mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber: INSIDER