Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa status digital vaksinasi di MySejahtera hanya akan bertukar tidak lengkap bagi vaksin primer Sinovac sekiranya mereka belum mendapatkan suntikan dos penggalak.
Status dalam aplikasi itu tidak akan dihilangkan seperti mana yang ditularkan di media sosial.
“Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas dan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap.
“Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” jelas KKM menerusi satu hantaran di Facebook.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak.
Sumber: [1]