Stadium kosong, mana penyokong?

stadium kosong, mana penyokong?

Liga Bolasepak Malaysia sedia untuk melangsungkan saingan Liga Malaysia musim ini secara tertutup! Tertutup ni maknanya perlawanan tu nanti penyokong tak dibenarkan masuk. Haa, kalau pasukan tu berjaya jaringkan gol, boleh celebrate sesama sendiri je la. Nak celebrate beriya sangat pun tak boleh sebab tak ada penyokong kan?

Tapi, kenapa MFL keluarkan kenyataan macam ni? Apa salah penyokong? Apa salah pasukan? Menurut CEO MFL, Datuk Abdul Ghani Hassan, perkara ini adalah kerana wujud kebimbangan penularan wabak COVID-19 di negara kita.

"Kami sudah berunding secara lisan dengan Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini namun masih belum ada sebarang keputusan", tambah beliau.

Jelasnya, MFL sedang menunggu status daripada Kementerian Kesihatan untuk memuktamadkan keputusan melangsungkan saingan Liga Malaysia secara tertutup ini.

Datuk Abdul Ghani menambah, "Sekiranya ada pengumuman daripada pihak berwajib, kami akan mengambil tindakan drastik".

Buat masa ini, MFL masih memantau situasi semasa dan perlawanan pada hujung minggu ini akan berlangsung seperti biasa. Isu beraksi secara tertutup ini timbul selepas beberapa negara telah melaksanakan perkara ini sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan wabak COVID-19. Antaranya ialah Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Itali.

Untuk pengetahuan korang, di Malaysia ni dah ada 55 kes positif COVID-19. Tapi 22 daripadanya telah disahkan pulih sepenuhnya manakala pesakit lain berada dalam keadaan stabil. Jadi, bukanlah MFL tak bagi orang ramai pergi stadium tengok bola, ianya sebagai langkah berjaga-jaga je. Lagipun belum ada keputusan muktamad lagi berhubung perkara ini.

Jadi, kepada korang yang gila bola dan gila ke stadium tu jangan lah risau. Buat masa ni boleh lagi pergi tengok bola kat stadium. Cuma jagalah kesihatan diri. Pakai topeng penutup hidung dan mulut contohnya. Sediakan 'hand sanitizer' atau kerap cuci tangan menggunakan sabun. Kuranglah sikit risiko nak dijangkiti COVID-19 ni kan?

Ingat, bersihkan diri & sucikan hati. Hahaha

Oleh : Karami Kamel