Squid Game Bakal Kembali Untuk Musim Kedua?

Pengarah Squid Game, Hwang Dong Hyuk nampaknya akur terhadap permintaan ramai yang menginginkan fenomena siri drama itu diteruskan menerusi musim keduanya.

squid game bakal kembali untuk musim kedua?

Menerusi satu wawancara bersama CNN, katanya, “Saya telah membiarkan beberapa perkara terbuka untuk dibincangkan pada musim kedua jika itu berlaku.”

Bagaimanapun, masih belum dapat disahkan lagi sekiranya siri drama itu benar-benar akan membuat kemunculan kembali bagi musim kedua.

Dalam wawancara sama, Hwang menambah bahawa dia ingin meneroka hubungan antara Front Man yang samar-samar dengan saudara polisnya (lakonan Wi Ha Joon).

Dia juga berminat untuk menerokai dengan lebih teliti lagi watak Salesman yang ramah, yang muncul di awal dan akhir siri drama itu.

Terdahulu, Hwang pernah mengatakan dia terlalu letih untuk melakukan sekuel yang mana dia kehilangan enam batang gigi akibat tekanan tinggi yang dialami sepanjang tempoh penggambaran.

Kejayaan global siri drama sembilan episod itu mengisahkan sekumpulan desperado yabg mengambil bahagian dalam versi permainan kanak-kanak yang membahayakan serta mematikan demi mengejar sejumlah habuan besar.

 

Sumber: [1]