Song Hyekyo Bakal Bintangi Dua K-Drama Tahun Ini

Pelakon ternama dari Korea Selatan merangkap bintang utama drama Descendants of the Sun, Song Hye Kyo dikhabarkan bakal membuat kemunculan kembali di layar televisyen setelah hampir dua tahun mendiamkan diri daripada industri lakonan.

song hyekyo bakal bintangi dua k-drama tahun ini

Hyekyo dikatakan bakal membintangi bukan satu tetapi dua drama dalam 2021.

Pada Januari lalu, pelakon yang berusia 40 tahun itu didedahkan bakal memainkan watak dalam drama bergenre thriller, The Glory.

Siri terbabit turut ditulis oleh penulis skrip Descendants of the Sun yang ditayangkan pada 2016.

Namun, berbeza dengan drama The Glory yang bakal memperlihatkan jalan cerita berat, projek kedua Hyekyo yang berjudul Now We Breaking Up pula dikatakan mempunyai unsur ‘light-hearted’ yang mengisahkan mengenai hubungan cinta antara dua penggiat bidang fesyen.

Dalam drama terbabit, Hyekyo bakal memainkan watak pereka fesyen yang digambarkan sebagai seorang wanita penuh gaya, cerdas dan realis di samping teraju utama lelaki lakonan Jang Kiyong yang merupakan jurugambar fesyen bebas dan kaya.

Turut menyertai barisan pelakon dalam drama itu ialah pelakon dari drama popular, Start-Up, Kim Joohun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat perhubungan awam.

 

Sumber: The Star