Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri Untuk X Factor Israel

Juri rancangan realiti televisyen popular, Simon Cowell dikhabarkan telah menarik diri daripada bergelar juri untuk musim terbaru X Factor Israel.

simon cowell tarik diri jadi juri untuk x factor israel

Menerusi laporan yang dikeluarkan Variety, perkara tersebut disahkan sendiri wakil penerbit X Factor Israel, iaitu Reshet yang mengatakan Cowell telah menarik ‘atas sebab tersendiri’.

Reshet turut menambah lagi bahawa Cowell tidak akan terlibat dalam mana-mana bahagian rancangan terbabit.

Sekitar akhir 2020, Simon Cowell dikatakan telah menandatangi perjanjian untuk menjadi salah seorang juri X Factor Israel pada musim seterusnya yang mana penggambarannya sepatutnya dijadualkan bermula pada musim panas ini.

Namun, sejak baru-baru ini, sebelum berita mengenai penarikan diri itu disahkan, telah timbul desas-desus berkenaan Cowell yang ingin membatalkan perjanjian tersebut.

Khabar angin tersebut akhirnya disahkan kakitangan Cowell menerusi panggilan telefon yang menyatakan ‘kebimbangannya’ terhadap keganasan di Gaza baru-baru ini.

Bagaimanapun, wakil Cowell memilih untuk tidak menjelaskan secara khusus berkenaan ‘kebimbangan’ yang dimaksudkan itu.

Dalam pada itu, salah satu portal berita Jewish News melaporkan bahawa pihak produksi X Factor Israel kecewa berikutan Cowell mengambil keputusan sedemikian.

 

Sumber: [1]