Sikap Ambil Mudah Dan Cepat Puas Hati Antara Punca Peningkatan Semula Kes

sikap ambil mudah dan cepat puas hati antara punca peningkatan semula kes

Itu luahan hati PM semasa menyampaikan perutusan khas berkenaan PKPP kelmarin.

Kebimbangan Tan Sri Muhyiddin Yassin memang ada asas sebab kes COVID-19 naik semula walaupun bukan dalam jumlah besar dan mendadak.

Kes positif COVID-19 pun dah kembali ke 2 angka.

Dalam tempoh terdekat ni jugak dah 13 kluster baru dikesan dan terkini kluster pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor. 

Sikap ambil mudah dan cepat puas hati antara punca peningkatan semula kes.

Ia seterusnya membawa kepada pengabaian SOP yang disarankan KKM.

Tegas Tan Sri Muhyiddin, amalan normal baru perlu diteruskan.

Teruskan pakai pelitup muka di tempat awam yang sesak, jaga jarak sosial dan elak bersentuhan.

Beliau juga memaklumkan kerajaan sedang pertimbang cadangan mewajibkan pemakaian pelitup muka kat tempat awam. 

Keputusan pasal perkara tu akan diumumkan nanti.

Bukan tu je, pusat kuarantin mungkin diaktifkan semula sebab nak kawal kes import.

Yelah banyak kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan mereka yang pulang atau tiba dari luar negara lately.

Ia jugak susulan ada kes segelintir individu yang pulang atau tiba dari luar negara yang ingkar arahan kuarantin kat rumah.

Betul cakap PM, pada hujungnya segalanya terletak kat kita semua.

Ia sangat bergantung kepada kesedaran, tindakan dan amalan kendiri kita.

Cukuplah 3 bulan kita semua terpaksa berkurung kat rumah demi memutuskan rantaian penularan COVID-19. Ekonomi negara pun terjejas.

Semoga sejarah ni tidak berulang selamanya.

Oleh: KJ