Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling banyak dibela oleh rakyat Malaysia. Sebagai pemilik kucing, memang risau kalau si bulus jatuh sakit, lemah, letih dan lesu. Yang paling menakutkan apabila diserang demam selsema. Jangan risau kalau kucing anda mengalami keadaan macam ni, ada cara alternative sebagai langkah awal sebelu dibawa ke klinik haiwan.
- Sapu air asam pada kepala kucing untuk turunkan panas badan. Buat berkali kali sehingga panas badan turun.
- Sapukan kunyit pada batang hidung yang mengalami selesema. Ia adalah untuk mencairkan hingus yang pekat.
- Kucing yang selesema harus diberikan ubat selesema kalau taka da, boleh bagi TF (Transfer Factor) ia membantu tingkatkan antibody kucing.
- Bagi ubat secara ‘Force Feed’ dengan ayam rebusan yang dah di kisar. Gunakan picagari, masukkan dari tepi mulut pelan pelan supaya kucing tak muntah.
- Haa, kalau dah try semua cara ini, tapi tak berkesan, terus bawa si comel ke klinik.
Kepada pencinta kucing, korang boleh cuba cara ini, insya Allah berkesan. Selamat mencuba!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita