Shah Rukh Khan Akhirnya Bertemu Dengan Anak Di Penjara, Wajahnya Jelas Kelihatan Tiada Mood

Selepas beberapa hari berada dalam tahanan penjara, anak kepada pelakon masyhur Bollywood, Shah Rukh Khan, iaitu Aryan Khan akhirnya bertemu dengan bapanya itu.

shah rukh khan akhirnya bertemu dengan anak di penjara, wajahnya jelas kelihatan tiada mood

Memetik laporan India Today, Shah Rukh Khan difahamkan hanya dapat meluangkan masa singkat iaitu kira-kira 18 minit di penjara tersebut.

Beberapa video dan foto kemudian tular di media sosial yang mana jelas kelihatan kelibat Shah Rukh Khan di perkarangan Penjara Arthur Road, Mumbai sambil diasak anggota media yang berada di situ.

 

 

Turut berada di tempat sama ialah jurugambar selebriti, Viral Bhayani yang sempat merakamkan video SRK dikelilingi anggota keselamatan ketika ketibaannya di Penjara Arthur Road.

Dalam video tersebut, wajah SRK sepertinya kelihatan menyedihkan, memandangkan ia merupakan kali pertama dia bertemu dengan Aryan untuk pertama kali sejak penangkapan anaknya itu.

Rata-ratanya, ramai warganet membanjiri ruangan komen pada entri di Instagram Viral Bhayani itu dengan mesej-mesej semangat buat SRK.

“Tetap kuat,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Sungguh menyedihkan melihat Shah Rukh Khan seperti ini,” tulis pengguna lain pula.

Terdahulu, anak kepada Shah Rukh Khan, Aryan Khan ditangkap pihak berkuasa atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai awal Oktober lalu.

Turut ditahan dalam serbuan sama ialah tujuh individu lain.

 

 

Sumber: [1]