Sertai Peraduan Menarik Dan Menangi Hadiah Wang Tunai Dengan Astro Radio!

Korang nak tak menang wang tunai hanya menerusi cara mudah?

Berita baik! Para peminat radio ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN kini berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai menerusi pelbagai peraduan menarik!

Ketahui caranya dengan check-out langkah-langkah berikut!

ERA: Teka Bunyi ERA

sertai peraduan menarik dan menangi hadiah wang tunai dengan astro radio!

Dari sekarang hingga 1 Oktober, para peminat ERA boleh sertai ‘Teka Bunyi ERA’ di udara dan berpeluang memenangi wang tunai sebanyal RM150.

  • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara
  • Teka sedutan bunyi yang dimuat naik menerusi Instagram ERA dan peserta boleh mendapatkan pembayang, juga menerusi Instagram ERA
  • Peserta yang memberikan jawapan tepat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150
  • Jika jawapan yang diberikan adalah salah, wang tunai tersebut akan digandakan ke pusingan seterusnya.
  • Dapat maklumat lanjut tentang ‘Teka Bunyi ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

SINAR: Test Muzik SINAR

sertai peraduan menarik dan menangi hadiah wang tunai dengan astro radio!

Para peminat SINAR teka tajuk lagu dan menang sebahagian wang tunai bernilai RM8000 dalam peraduan ‘Test Muzik SINAR’ di udara dari sekarang hingga 1 Oktober.

  • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Berikan tajuk lagu dari sedutan muzik yang akan dimainkan oleh personaliti SINAR. Peserta boleh rujuk pembayang di ‘Instagram Story’ SINAR.
  • Peserta dengan jawapan yang tepat akan menang wang tunaisebanyak RM200 dan jika peserta memberikan jawapan yang salah, wang tersebut akan ditambah ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Test Muzik SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

GEGAR: Kotak Lagu GEGAR

sertai peraduan menarik dan menangi hadiah wang tunai dengan astro radio!

Peminat GEGAR boleh teka tajuk lagu dalam ‘Kotak Lagu GEGAR’ dan menang sebahagian wang tunai bernilai RM12,000, bermula 26 September di udara.

  • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Berikan tajuk lagu mengikut ‘Kotak Lagu’ yang dimuat naik di Facebook dan Instagram GEGAR.
  • Peserta boleh mendapatkan pembayang di ‘Facebook dan Instagram Story’ GEGAR.
  • Peserta bersama jawapan yang tepat membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 dan jika jawapan yang diberikan adalah salah, wang tunai tersebut akan digandakan ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Kotak Lagu GEGAR’ yang dibawakan oleh O’BETTY by Glow Glowing, di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

ZAYAN: Teka Suara ZAYAN

sertai peraduan menarik dan menangi hadiah wang tunai dengan astro radio!

Para peminat ZAYAN boleh teka suara selebriti dalam ‘Teka Suara ZAYAN’, bermula 27 September di udara untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM200.

  • Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Berikan nama selebriti yang menyebut ‘ZAYAN #IndahDiHati’, berdasarkan sedutan yang dimuat naik di Facebook dan Instagram ZAYAN.
  • Peserta boleh mendapatkan pembayang di ‘Facebook dan Instagram Story’ ZAYAN.
  • Peserta bersama jawapan yang tepat memenangi wang tunai sebanyak RM200 dan jika peserta memberikan jawapan yang salah, wang tunai tersebut akan digandakan ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Teka Suara ZAYAN’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.