Seronok Tengok Reaksi Ramai, Song Ji Hyo Akui Sanggup Dipasangkan Dengan Kim Jong Kook

Menerusi tayangan terbaru episod Running Man, kesemua anggota program tersebut seperti biasa berkongsi mengenai perkara-perkara yang dilakukan mereka dalam tempoh seminggu terakhir sebelum memulakan penggambaran.

seronok tengok reaksi ramai, song ji hyo akui sanggup dipasangkan dengan kim jong kook

Dalam kerancakan bersembang, Yoo Jae Suk sempat mengatakan, “Saya terdengar bahawa Ji Hyo juga telah mengatakan dalam banyak temu ramah yang ‘demi ‘chemistry’, saya telah memutuskan untuk menerima ‘love line’ saya dengan Kim Jong Kook.’”

Buat mereka yang tertanya-tanya, ‘love line’ merujuk kepada hubungan cinta yang melibatkan dua watak dalam sesuatu rancangan, sering kali ditetapkan oleh pasukan produksi, atas tujuan hiburan.

Kim Jong Kook kemudian bertukar menjadi berang dengan mengatakan, “Anda telah memutuskan untuk ‘menerimanya’?” yang mana dia kemudian disindir HaHa yang mengujar, “Kim Jong Kook telah melepasi proses uji bakat Song Ji Hyo!”.

Jong Kook kemudian menambah, “Kamu dahulunya pasif setiap kali melibatkan ‘love line’ dan sekarang kamu memutuskan untuk ‘menerimanya dengan ramah’?”

Ji Hyo kemudian memberikan alasan, “Reaksi di sekitar saya cukup bagus! Jadi saya fikir ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan!”

 

Sumber: [1]