Sering Lepak Bersama, Peminat Bingung Kenapa Kumpulan SISTAR Dibubarkan

Biarpun sudah empat tahun SISTAR dibubarkan, menurut bekas anggota kumpulan K-Pop terbabit, hubungan mereka bagaimanapun masih lagi kuat!

sering lepak bersama, peminat bingung kenapa kumpulan sistar dibubarkanBaru-baru ini, Hyolyn dan Dasom yang pernah menganggotai SISTAR muncul dalam program Yoo Hee Yeol’s Sketchbook bagi mempromosikan single terbaru bersama mereka, “Summer of Summer”.

Menerusi siaran episod terbabit, hos program iaitu Yoo Hee Yeol bertanya kepada kedua-dua penyanyi itu sekiranya mereka masih aktif berhubung dengan anggota SISTAR yang lain.

Jawab Dasom, “Ya, kami sering bertemu. Kami juga mempunyai ‘group chat’ kami sendiri, yang mana perbualan tersebut tidak pernah sepi.”

Hyolyn kemudian mencelah dengan mengatakan mereka sering melepak bersama sehingga membuatkan orang ramai bertanya mengapakah mereka dibubarkan sekiranya begitu situasi.

“Kami mendengarnya sepanjang masa. Orang akan bertanya kepada saya, ‘Di mana anda? Kamu dengan siapa?’ dan saya akan berkata, ‘Saya bersama anggota SISTAR yang lain’.

“Kemudian mereka akan bertanya, ‘Habis tu mengapa kalian bubar? Sekiranya kalian akan terus bertemu sepanjang masa dan melepak bersama, mengapa kalian bubar?” kongsinya dalam nada tawa.

 

Sumber: [1]