Sebagai salah seorang artis yang namanya kian meningkat dalam industri K-Pop, nama Jessi sememangnya cukup dikenali sebagai seseorang yang sering dikaitkan dengan personaliti yang kasar dan bersahaja.
Bagaimanapun, menerusi siaran episod terbaru program The Sixth Sense yang dianggotainya, Jessi mendedahkan satu impian yang paling ingin dikecapinya.
Dalam episod terbabit, anggota program tersebut diberi cabaran untuk mengunjungi beberapa pusat kaunselor psikologi dan terapi yang mana mereka harus bertindak menentukan pusat yang mana satukah benar dan pusat yang mana satukah hanya lakonan semata-mata seperti mana yang ditetapkan pasukan produksi.
Ketika anggota The Sixth Sense berhadapan dengan seorang ahli psikologi di salah satu pusat terbabit, Jessi diminta untuk memilih dua warna yang paling disukainya pada saat tersebut, yang mana dia kemudian memilih warna oren dan koral.
“Oren mewakili bahagian luar anda,” kata ahli psikologi tersebut kepada Jessi.
“Ini bermaksud anda ingin dikenali dan disayangi, dan anda ingin mengekspresikan diri. Ini bermaksud, ‘Saya ingin bersenang-senang, saya ingin menonjol, dan saya mahu disambut oleh seseorang’,” jelas ahli psikologi itu lagi.
Beralih ke warna karang pula, lanjutnya, “Bahagian dalam Jessi sangat cantik. Dia sangat suka menjaga orang lain, dan dia juga mempunyai sisi feminin. Sekiranya dia berkahwin, dia akan menjadi seorang yang hebat dalam membesarkan anak-anaknya. Kerana warna ini mewakili cinta seorang ibu.”
Sejurus ahli psikologi tersebut berkata sedemikian, Jessi kemudian bertukar menjadi emosional, “Dia hanya mengatakan bahawa jika saya mempunyai anak, saya akan menjadi seorang yang hebat dalam membesarkan mereka. Sudah tentu saya hebat membesarkan anak-anak.
“Kerana saya sangat ingin mempunyai anak-anak sejak kebelakangan ini. Saya mahu mempunyai tiga anak,” akui Jessi.
Ahli psikologi tersebut kemudian melanjutkan lagi, “Batu karang melambangkan ciri keibuan. Fakta bahawa Jessi memilih warna ini mungkin bermaksud dia ingin berkahwin dan menjadi seorang ibu.”
Mendengar kata-kata itu, Jessi terus menangis.
“Saya akan membuat pengakuan di sini. Ia adalah benar. Saya benar-benar maksudkannya. Sepanjang bekerja dalam industri muzik, saya menghasilkan wang dan mencapai kemasyhuran dan perkara-perkara sebegitu.
“Namun saya kemudian menyedari bahawa perkara-perkara itu tidak bermakna. Saya tidak gembira, kerana yang saya mahukan adalah keluarga impian saya...”
Melihat situasi tersebut, anggota The Sixth Sense yang lain serta-merta cuba menghiburkan semula Jessi yang mana Oh Na Ra berpaling pada ahli psikologi tersebut dengan bercanda, “Jessi benar-benar tersentuh sekarang, jika anda ternyata palsu, anda akan menghadapi masalah besar.”
Sumber: [1]