Kuku berfungsi sebagai perlindungan jari anda supaya jari tidak terdedah kepada bakteria. Walaubagaimanapun ramai yang tidak mengambil berat tentang penjagaan kuku. Kita selalu lupa untuk bersihkan kuku dan menggunakan pelembab. Korang tahu tak penjagaan kuku ini adalah sangat penting. Ikut lah cara-cara ini, sebenarnya mudah je nak jaga kuku agar kekal sihat.
Korang kena pastikan kuku korang sentiasa lembab dan tidak kering. Dikatakan sebelum korang tidur, gunalah pelembab pada kedua dua belah tangan. Ia akan membantu kekalkan kelembapan kulit di bahagian kuku anda. Dan ingat! Korang kena pakai pelembab tangan ni setiap hari.
Kuku kena kerap dipotong. Memanglah kalau kuku yang panjang akan kelihatan lebih cantik tetapi FYI, kuku merupakan anggota yang mempunyai paling banyak bakteria. Kalau korang potong kuku make sure hujung kuku dipotong bulat bukan bersegi kerapa kuku yang bentuknya bulat lebih kuat dari segi strukturnya.
Jalani gaya hidup yang sihat seperti beriadah dan amalkan diet yang seimbang. Ia akan membantu menguatkan struktur kuku. Diet seimbang seperti protein dan kalsium membantu tingkatkan kesihatan dan kekuatan!
Sumber: Harian Metro
Oleh: Khalie Azmi