Whipping cream dan fresh cream, dua bahan ini memang selalu mengelirukan kita. Tidak dinafikan, sebab kedua-dua bahan ini mempunyai perkataan cream. Sebenarnya senang je nak bezakan antara fresh cream dan whipping cream. Jom ketahui perbezaannya, so lepas ni tak la tersalah beli.
Yang paling penting kena faham konsepnya, dairy adalah tenusu manakala non dairy adalah bukan tenusu.
Whipping cream adalah dairy maka ia adalah sejenis tenusu. Selalunya akan ada perkataan UHT (Ultra Heat Temperature) pada kotaknya. Rasanya berlemak, tawar dan tidak boleh nak dibentuk. Hebatnya bahan ini adalah pada lemaknya. Untuk lebih mudah di fahamkan, ingat macam ni, susu adalah dari lembu dan ia berlemak maka ia tidak boleh la dibentuk. Contoh penggunaan adalah seperti tiramisu, cheese, aiskrim dan banyak lagi.
Fresh cream pula adalah bukan bahan tenusu. Ia merupakan sejenis lelemak sayuran seperti kelapa sawit. Sesuai di jadikan sebagai topping kek, filling durian crepe, creampuff dan banyak lagi yang memerlukan volume’ up yang cantik.
Kesimpulannya korang just ingat susu lembu tidak boleh dibentuk (UHT) manakala lelemak sayur boleh dibentuk (Topping).
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita